Monday, 26 December 2011

Anak kurang berat badan?

Sebab berlakunya kurang berat badan
  • kurang makan makanan yg kaya dgn protein seperti daging, ikan dan telur
  • kurang makan makanan yg kaya dgn tenaga seperti nasi, roti dan bijirin
  • tidak makan dengan kerap iaitu 5 hingga 6 kali sehari
  • kerap mendapat jangkitan penyakit seperti deman, batuk dan selesema
  • jangkitan cacing
  • kurang penyeliaan perhatian semasa makan
Apakata ubahsuai makanan dalam makanan harian anak anda.

1.  Nasi / Bubur nasi
ditambah ikan/daging/ayam dan digaul dengan sedikit minyak atau marjerin


2.  Roti

  • disapu mentega kacang/ marjerin/ keju
  • dicelup telur dan digoreng
  • dicelup dalam susu

3.  Biskut tawar

disapu mentega kacang/ marjerin/ keju

4.  Tepung gandum 


  • ditambah merjerin + susu + telur + sayur
  • ditambah susu + telur +ikan bilis

5.  Ubi

  • digoreng dengan minyak/ marjerin
  • direbus dan dimakan dengan ikan
  • dibuat pengat + susu

6.  Telur

digoreng dengan minyak / mentega

7.  Kekacang

  • digoreng dengan minyak/ marjerin
  • dibuat bubur + susu 
  • dibuat kuih (cth: kacang hijau)
  • dibuat rempenyek (cth: kacang dal, kacang tanah)

8.  Susu
ditambah gula/ serbuk coklat (milo)


Jika anak kurang selera dan menolak makanan....

Apa perlu anda lakukan :
  • Sediakan makanan yang berkhasiat dan menarik
  • Suap dan beri perhatian semasa anak makan
  • Beri anak makan ikut waktu, jangan tunggu anak minta
  • Galakkan anak menghabiskan makanannya
  • Jadikan masa makan menyeronokkan dan tenang
  • Elakkan dari memarahi dan memaksa anak semasa makan
  • Jika perlu beri anak supplemen vitamin
  • Bawa ke klinik mungkin anak anda sakit

    Jika saya bekerja, apa perlu saya lakukan bagi memastikan anak saya mendapat cukup makanan

    • Menyediakan makanan sebelum keluar bekerja dan mengajar pembantu rumah atau pengasuh memberi anak makanan yang berkhasiat untuk anak
    • Memastikan pembantu rumah atau pengasuh memberi makanan telah dimasak atau dibekalkan
    • Menyediakan atau meminta pembantu rumah atau pengasuh menyediakan snek yang berkhasiat dan mudah dimakan pada bila-bila masa sahaja
    Contoh snek yang berkhasiat
    • sandwich telur
    • biskut krim kraker
    • jagung rebus
    • pisang/ ubi goreng
    • lempeng
    • pau ikan bilis
    • cekodok
    • pengat pisang
    • bubur kacang
    • susu / dadih
    • buah-buahan
    • keropok ikan
    Berapa kerap anak anda perlu makan?
    • Sarapan pagi- 7 pagi
    • Minum pagi- 10 pagi
    • Makan tengahari- 1 tghari
    • Minum petang- 5 petang
    • Makan malam- 8 malam
    • Minum malam - 10 malam (susu) 
    Yang penting makanlah mengikut saranan Piramid Makanan Malaysia


    Anak anda perlu lebih tenaga dan protien di dalam makanan supaya cepat membesar