Seiring dengan kecemerlangan kerjaya, wanita berkeluarga tentu mahu berketerampilan diri mereka sentiasa terserlah. Ini termasuklah aspek
* Penjagaan kulit
* Alat solek dan teknik solekan yang betul
* Pakaian yang sesuai
* Diet seimbang
* Penjagaan rambut dan kaki
* Kaedah menguruskan tekanan
Berurusan dengan keadaan seharian sama ada di tempat kerja ataupun ketika menjalankan tanggungjawab rumah tangga dan si kecil kesayangan sudah cukup memberi tekanan yang berat. Oleh itu, anda harus sentiasa bersedia bagi memastikan tampil di khalayak ramai dengan cara yang terbaik.
Sesetengah wanita terutamanya yang berkerjaya merasakan sukar untuk menyediakan sarapan buat anak dan menyiapkan si kecil sebelum ke sekolah. Akhirnya, persediaan ke tempat kerja hanya dilakukan ala kadar kerana tidak cukup masa.
Namun, permasalahan dapat diselesaikan jika anda tahu mengurus masa dan tahu tentang tip menguruskan kecantikan dan penampilan diri. Jika semua ini ada, yakin anda boleh katakan pada diri anda,
"Ya, saya boleh memiliki pekerjaan yang memuaskan serentak dengan perkahwinan yang bahagia, rumah tangga yang harmoni, anak-anak yang menjadi dan penampilan diri yang menawan".

Ini tip buat anda;
Jaga kulit anda
Individu biasanya akan menilai apa hanya dapat dilihat melalui luaran iaitu penampilan diri. Oleh itu sentiasa pamerkan wajah yang terbaik setiap kali berdepan dengan orang lain.
- Kulit berminyak
- Cuci muka 2 kali sehari sebagai rutin. Gunakan astrigen untuk membuang baki sabun dan kotoran bagi kulit. Sapukan pelembap kulit. Pastikan pencuci dan pelembap kulit adalah sesuai dengan jenis kulit anda.
- Kulit kering
- Anda yang berkulit kering boleh menggunakan cecair menanggalkan solekan berasaskan krim. Penggunaan toner lebih sesuai berbanding astrigen. Jangan lupa gunakan pelembap kulit.
- Kulit sensitif
- Elakkan menggunakan produk free fragrance dan yang boleh membawa kerengsaan pada kulit. Gunakan span petola, exfoliating krim atau losyen untuk membuang sel-sel mati dan menghalang pori-pori dari tersumbat.
p/s: Walaupun anda keletihan menguruskan kerja dan rumah tangga, rutin harian mencuci dan melembapkan kulit jangan ditinggalkan. Kelalaian anda akan menyebabkan sisa solekan dan kotoran serta daki akan meyekat pori-pori wajah hingga mendatangkan masalah bintik hitam, jerawat dan sebagainya.

Mekap
* Pilih bedak asas yang sesuai dengan warna dan jenis kulit anda.
- untuk kulit sawo matang - pilih alas bedak yang sama warna dengan kulit. Boleh dicampur warna yang lebih muda untuk nampak kuning langsat. Untuk bedak, pilih warna yang setingkat lebih muda agar nampak cerah
- untuk kuning langsat - pilih alas bedak yang sama warna dengan kulit. Boleh juga pilih warna yang lebih muda untuk kelihatan cerah.
- untuk kulit coklat gelap - pilih alas bedak yang sama warna dengan kulit. Hindari dari dicampur warna yang lebih muda kerana wajah akan kelihatan kusam.
- untuk kulit sawo matang - pilih warna coklat muda
- untuk kuning langsat - pilih warna pink
- untuk kulit coklat gelap - pilih warna yang muda dan mengandungi shimmer .
* Bagi lipstik untuk bibir, cubalah teknik bermain dengan warna bibir iaitu dengan cara mencubanya. Pastikan pilihan warna lipstik yang sesuai dengan anda.
- Untuk berkulit sawo matang: anda boleh memilih lipstik warna keemasan, coklat muda dan merah.
- Untuk berkuning langsat: anda boleh memilih lipstik warna muda seperti warna beige, pink dan merah bata. Lebih menawan dipadankan dengan pengilat bibir.
- Untuk berkulit coklat gelap: anda boleh memilih lipstik warna coklat, merah, pastel dan jingga. Umumnya, semakin gelap warna kulit, semakin anda dapat menggunakan warna-warna lipstik yang lebih cenderung gelap.
Pakaian vs kejayaan
* Pakaian yang sesuai dipadankan dengan jenis profession yang diceburi atau protokol di sesebuah syarikat. Pastikan pakaian bersesuaian dengan bentuk badan, warna kulit, suasana persekitaran dan kelihatan kemas.
* Jangan keterlaluan berpakaian kerana anda menyandang status sebagai isteri dan ibu.
* Bentuk tubuh wanita biasanya terbahagi kepada empat jenis iaitu jenis banana, apple, pear dan hourglass.
- Jenis banana - jenis badan begini tidak mempunyai bentuk langsung yang mana bahu, dada, pinggang dan pinggul adalah sama lebar. Gaya yang sesuai ialah memakai tali pinggang yang kecil untuk bentuk di bahagian pinggang. Blaus atau semi jaket model 'square jacket' akan menyerlahkan keanggunan. Elakkan jaket terlalu lurus atau ketat.
- Jenis apple - bentuk tubuh sebegini besar pada bahagian atas. Pinggul lebih kecil berbanding bahagian bahu, lengan dan dada. Gaya yang sesuai ialah pilih warna yang lembut pada bahagian bawah dan gelap di bahagian atas. Pilih dress yang ringkas dan kosong dengan fabrik beralun lembut. Elakkan top atau dress yang ketat dan melekat pada tubuh serta yang banyak sulam, labuci, manik atau ropol.
- Jenis pear - bahagian bawah besar daripada dada. Gaya yang sesuai ialah berpotongan lurus dan tegak untuk kelihatan langsing. Pilih rona lembut di bahagian atas dan gelap pada bahagian bawah. Untuk pinggul kelihatan lebih kecil, pakai dress atau blaus dengan pelapik bahu. Elakkan memakai celana atau skirt jenis kembang tapi pilih jenis A-line.
- Jenis hourglass - dada dan pinggul kelihatan agak sama sementara pinggangnya lebih kecil dari dada dan pinggul. Bentuk badan sebegini menjadi idaman wanita dan sememangnya bertuah kerana sesuai dengan apa jua jenis pakaian.
Kurangkan tekanan
* Cara terbaik mengurangkan tekanan ialah dengan cara tidur malam yang cukup. Kurang tidur akan membawabkepada tanda-tanda penuaan dan kulit menjadi pucat lesi serta tidak anjal. Kedutan juga akan muncul, kulit menjadi kering, bibir merekah dan timbul garis hitam di bawah mata serta kemunculan jerawat.
* Selain itu boleh juga melakukan senaman.
p/s: Rangka jadual harian anda dengan betul dan beri keutamaan kepada sesuatu yang penting agar tekanan dapat diminimumkan. Ia membantu anda lebih produktiviti sama ada di tempat kerja atau di rumah.
No comments:
Post a Comment