Hari ini saya menonton rancangan Safiyyah di TV9. Saya tertarik dengan buah tomato sebagai bahan perawatan semulajadi yang bebas dari bahan kimia dan mesra alam. Ia digunakan untuk melembapkan kulit wajah.
Melembap wajah
Bahan yang digunakan ialah tomato, gula dan kalau ada madu pun ok juga.
Caranya ialah mula-mula potong dua tomato. Satu digunakan untuk pagi dan satu lagi untuk malam. Kemudian tekap bahagian yang dibelah pada gula dan oles pada wajah. Biar seketika...selama 5 minit dan cuci dengan air suam..Mudah bukan. Lakukan dua kali seminggu.
Toner wajah
Untuk toner pula, bahannya amat mudah iaitu gunakan saja ais. Setelah proses melembapkan wajah menggunakan tomato tadi selesai, ambil pula ais. Rata-ratakan ais yang sejuk itu pada wajah. Emm..nyaman. Yang penting ia tak memudaratkan kulit dan sesuai untuk semua njenis kulit.
No comments:
Post a Comment