Seamless T-shirt Bra
Lekukan bra jenis ini berbentuk dan dibuat dari busa yang sangat lembut. Dengan ini, payudara akan tampak lebih indah dan menonjol kerana disokong dengan baik. Bra jenis ini dapat menutupi payudara yang tidak sama. Bra ini amat selesa dipakai sehari-hari.
Strapless Bra
Bra jenis ini kenali dengan tanpa tali dan mirip kemban. Kadang-kadang ia diberi tambahan tali yang boleh dilepas dan dipasang. Ia sesuai dikenakan untuk baju model kemban, bustier dan juga kebaya.
Deep Plunge Bra
Bra jenis ini memiliki cup penuh, sangat sesuai untuk model pakaian berleher rendah (leher V rendah). Lekukannya dalam, tanpa busa. Kesannya akan menyangga dan mengangkat payudara.
Push Up Bra
Selain mengangkat dan menonjolkan keindahan belahan dada pemakainya, bra jenis ini sesuai untuk mereka yang ukuran payudaranya relatif kecil, tapi ingin terlihat besar. Maka bra ini terdiri dari bahan renda serta busa yang lembut dan berkualiti.
5. T-back Bra
Saat udara terasa lebih panas, bra ini merupakan pilihan tepat. Bra jenis ini sangat sesuai dipakai dengan tank top. Pilih bra model t-back yang menutup bagian muka sebagai penyangga.
Cara mendapatkan ukuran bra
1. Ukuran lingkaran badan
- Dengan menggunakan pita pengukur, ukur di bahagian atas tulang iga iaitu, tepat di bahagian bahagian bawah payudara.
- Pastikan pita tersebut dalam keadaan horizontal untuk mendapatkan angka yang paling tepat. Ukur dengan unit inci.
- Jika ukurannya adalah angka genap, tambahkan 4 inci. Manakala, jika angkanya menunjukkan angka ganjil, tambahkan 5 inci.
- Contohnya, jika anda mengukur tubuh anda di angka 32, maka ukuran pita lingkaran tubuh bra anda adalah 36. Jika angka pada pita pengukur menunjukkan angka 33, maka lingkaran tubuh bra adalah 38.
2. Ukuran cup size
- Letakkan pita pengukur di bagian paling depan payudara, iaitu di bahagian puting payu dara. Pastikan ukurannya dengan keadaan paling selesa, iaitu tidak terlalu ketat pada tubuh.
- Hitung perbezaan antara angka tersebut dengan angka dari ukuran lingkaran badan yang telah ukur sebelumnya.
- Perbezaan 1 inci dari ukuran cup dengan ukuran lingkaran badan, maka cup size Anda adalah A. Jika perbezaan 2 inci berarti cup B, perbezaan 3 inci, bererti cup C, dan perbezaan 4 inci maka cup sizenya adalah D.
- Contohnya, ukuran lingkaran badan akhir tadi adalah 36, lalu cup size menunjukkan angka 38, maka ukuran cup adalah B.
Tips penjagaan baju dalam
Agar pakaian dalam lebih tahan lama, ikuti petunjuk aturan berikut;
- Cuci pakaian dalam dengan tangan, bukan mesin cuci. Gunakan air yang dingin dan deterjen yang lembut.
- Hindari dari memerah pakaian dalam. Setelah direndam dalam campuran air dingin dan deterjen, tekan pakaian dan perah dengan lembut hingga busa sabun/deterjen keluar, baru bilas lagi dengan air dingin. Tekan beberapa kali hingga airnya keluar.
- Jemur pakaian dalam dengan cara dihamparkan. Hindari untuk menggantung pakaian dalam saat menjemurnya.
- Jika terpaksa mencuci dengan mesin cuci, masukkan pakaian dalam kantong plastik (berjala-jala) yang memang dibuat khusus. Gunakan penjepit pakaian dalam agar tidak jatuh. Ini untuk menghindari pakaian dalam rosak akibat putaran dalam mesin cuci.
- Jangan gunakan pengering mesin cuci untuk pakaian dalam kerana akan merosakkan fabriknya dan membuat pakaian dalam menyusut.
- Jemur di tempat yang teduh di mana tempat yang tidak langsung terdedah dengan sinar matahari.
No comments:
Post a Comment