Tanah adalah satu anugerah yang tidak ternilai harganya. Banyak tanah-tanah terbiar di kawasan bandar dan luar bandar yang ditumbuhi rumput-rampai dan tanaman yang tidak mendatangkan hasil. Anda boleh menanam sayur-sayuran dan buah-buahan yang disukai di halaman atau di kebun di rumah anda.
Penghuni rumah pangsa dan rumah teres yang tidak mempunyai kawasan bertanah boleh menanam sayur-sayuran di dalam pasu atau beg poli di rumah mereka. Malaysia dikurniakan dengan sumber cahaya matahari dan hujan yang banyak memudaahkan untuk proses bercucuk tanam. Dengan melakukan kerja yang sedikit sahaja boleh mendatangkan pulangan yang lumayan.
Kenapa perlu adanya berkebun di rumah?
- Dapat mengurangkan perbelanjaan seharian untuk membeli sayur-sayuran dan buah-buahan yang semakin meningkat.
- Anda boleh mendapatkan sayur-sayuran dan buah-buahan yang segar daripada taman anda sendiri.
- Anda boleh mendapatkan makanan seperti cili, daun kari dan ulam dengan mudah sekali.
- Anda mengambil makanan yang sihat kerana bebas dari racun perosak atau racun serangga.
- Ia boleh dijadikan hobi yang boleh membawa keseronokan pada keluarga.
- Anak anda sendiri dapat mengetahui daripada mana sumber makanan mereka.
- Anda akan menghargai nilai makanan dan tidak akan mensia-siakannya kerana ia hasil titik peluh anda sendiri.
- Memberi kepuasan kerana dapat makan sayur-sayuran dan buah-buahan daripada taman anda sendiri.
- Menggunakan tanah yang kosong untuk berkebun dapat mengelakkan daripada perbaziran sumber tanah.
- Hasil tanaman dapat menghijaukan kawasan halaman dan memberikan pemandangan yang indah.
- Jika menanam dalam kuantiti yang banyak, hasil tanaman boleh dikongsi bersama-sama dengan jiran atau menjualnya untuk mendapatkan wang tambahan.
- Anda dapat menikmati makanan organik yang dihasilkan sendiri dengan kos yang rendah kerana harga hasil pertanian secara organik tinggi di pasaran.
Langkah keselamatan semasa berkebun
- Perhatikan jika sesuatu tumbuh-tumbuhan itu jenis yang berracun sebelum menanamnya di kawasan rumah.
- Selalu memakai sarung tangan dan kasut atau but yang bersesuaian semasa berkebun.
- Semasa membuang batu-batu, tin, kayu api dan sebagainya, lakukan secara perlahan-lahan.
- Sentiasa memeriksa but, sarung tangan dan pakaian sebelum memakainya. Jika terbiar dalam tempoh tertentu, goncangkannya dengan kuat. Anda mungkin tidak mengetahui apa yang ada di dalamnya.
Jangan sekali-kali memasukkan jari ke dalam lubang-lubang di dalam tanah.
Anda boleh menggunakan sama ada baja organik atau baja kimia. Bagi baja organik, campurkan sebahagian sisa organik (daun kering, kulit kerang, kulit telur, kulit buah, beg teh) dengan tanah dan biarkan ia selama beberapa minggu. Ia akan menjadi baja asli yang amat baik untuk tanaman anda.
Bercucuk tanam mengikut kesesuaian taman. Jika anda mempunyai kebun yang besar, anda boleh menanam apa jua tanaman yang anda sukai, termasuk tanaman yang memerlukan ruang yang luas untuk membesar. Sekiranya anda mempunyai kawasan tanah yang kecil, lebih baik menanam beberapa batang cili di dalam pasu atau beberapa jenis sayur-sayuran di dalam beg poli.
Bukan semua serangga adalah perosak. Cacing yang terdapat di dalam tanah boleh membantu manjadikan tanah lembut dan amat sesuai untuk bercucuk tanam.
Menuai dan menggunakan air hujan untuk menyiram halaman rumah. Ia bukan sahaja mengurangkan bil air, tetapi menggunakan air dengan lebih berkesan.
Selalulah menukar maklumat dengan rakan atau tetamu tentang cara untuk menghapuskan rumpai dan perosak tanaman serta menghasilkan tanaman yang lebih baik. Bercucuk tanam sebagai lanskap seperti halaman rumah atau pasu bunga di balkoni.
Jaga keadaan tanah anda. Lebih banyak perlindungan dibuat, ia akan mengurangkan penggalian dan pengairan. Adalah baik jika anda belajar cara membuat kompos kerana ia dapat menghasilkan tanaman yang segar dan menjimatkan masa.
No comments:
Post a Comment