Sunday 1 January 2012

Resepi lempeng nyiur terengganu

Lempeng dulu sering dijadikan sarapan keluarga sebelum keluar bekerja.  Enak dimakan ketika masih panas bersama ikan bilis, gula atau susu.  Cara membuatnya mudah saja, hanya menggunakan tepung gandum dan air.  Namun lempeng akan menjadi lebih enak dan berlemak sekiranya dicampur dengan sedikit kelapa parut.  Di Terengganu, adunan lempeng dicampurkan dengan air kelapa muda supaya rasanya berlemak dan manis.  Sekiranya tiada air kelapa muda, memadai menggunakan kelapa parut sebagai penambah adunan.

RESEPI LEMPENG NYIUR



Bahan:

250gm tepung gandum
150gm kelapa muda parut
4 cawan air
sedikit minyak masak 
sedikit garam

Cara membuatnya
  1. Tepung gandum diadun bersama-sama dengan kelapa parut, air dan garam.  Kacau adunan biar sebati dan tidak berketul-ketul.
  2. Panaskan kuali, sapu dengan sedikit minyak
  3. Setelah kuali panas, masukkan campuran tepung dan biarkan masak.  Jangan terlalu tebal.
  4. Apabila telah masak, terbalikkan lempeng dan angkat.
  5. Sedia untuk dimakan panas bersama sambal ikan bilis.
Sambal ikan bilis 

satu mangkuk ikan bilis
1 biji bawang besar dipotong
cili kisar (lada kering yang dikisar) atau cili boh
sedikit garam dan gula
2 sudu air asam jawa

Cara membuat sambal ikan bilis
  1. Panaskan minyak, kemudian tumis bawang besar sehingga naik baunya
  2. Setelah bawang bertukar warna kekuningan, masukkan cili kisar dan kacau hingga pekat.
  3. Masukkan air asam jawa  
  4. Tambahkan sedikit garam dan gula untuk rasanya yang manis dan masin.  Kalau nak nampak sambal lebih gelap, masukkan gula melaka atau orang pantai timur panggil nise.
  5. Sedia untuk dihidang bersama lempeng nyiur.

No comments:

Post a Comment