- Ada suami gemar diberi perhatian akan hal-hal remeh tentang dirinya. Dia senang jika isterinya mencadangkan baju yang hendak dipakai, mengemas tali lehernya, mengancing kukunya dan sebagainya. Andai suami anda bukan begini, apa salah anda mencubanya dan dari situ anda tahu suami anda jenis bermanja atau berdikari. Lagipun anda mendapat pahala dengan berbuat demikian.
- Pernahkah anda 'dipanggil' ketika memasak? Anda wajib memenuhi permintaan itu. Oleh itu, tinggalkan masakan anda dahulu, kemaskan diri dan pergilah kepadanya.
- Persiapkan diri tatkala menyambut kepulangan suami. Jangan disambut suami dengan rupa dan rambut yang kusut masai, anak-anak yang comot dan rumah yang bak kapal pecah.Hiaskan diri anda dan hadiahkan suami dengan senyuman.
- Sesetengah suami suka dilayan seperti raja. Dia suka isterinya mengelap peluhnya, menyedia keperluan untuk mandi dan berdiri ketika dia hendak pergi atau kembali. Ungkapan seperti "Bang, nak makan dulu, atau nak mandi dulu atau nak tidur dulu," cukup membuat suami tersenyum dan mengurangi kepenatannya.
- Jangan lupa puji suami. Hargai barang pemberiannya meskipun tak seberapa nilainya. Ucapan 'terima kasih' amat berbekas pada hati suami.
- Suami bosan jika isteri terlalu cerewet dan selalu bertanya, hendak ke mana, bila balik, kenapa lambat balik, jumpa siapa tadi dan sebagainya. Banyak tanya macam berleter juga. Mana ada suami suka isteri berleter.
- Jika anda menghidangkan makanan untuk suami tetapi tidak menemaninya makan sama halnya seperti memberi makan kucing. Sebaik-baiknya, temanilah dia meskipun sekadar satu suapan, tak pun duduk sambil minum-minum sementara menanti dia selesai.
- Suami senang dengan kefasihan isteri berkata-kata, bijak dalam bertindak dan menjadi teman yang baik dalam berdiskusi. Tingkatkan kualiti anda dengan membaca buku perbagai informasi . Ini penting bagi anda yang menjadi suri rumah sepenuh masa. Jangan jadikan anda dipandang rendah dan tingkatkan pengetahuan dengan mengambil tahu mana-mana yang patut.
- Jangan kuat membangkang pendapat suami. Walaupun pandangannya salah, sebaik-baiknya terima dulu. Kalau nak membangkang, tengok nada suara dia dan perhati nada suara anda. Isteri yang kuat membangkang suami memang sengaja mencari kebencian suami. Sudah tentu anda perlu sependapat dengan pendapat suami, jika tak sependapat pun simpan sendiri dan keluarkan balik mengikut masa dan tempat.
- Suami mahu isteri sebagai penenang fikiran. Berperanan lah sebagai bidadari bukan duri yang mencucuk perasan suami. Kalau isteri tidak bersifat penenang, suami akan mencari pengganti.
- Kalau isteri mahu suami berlama-lama di rumah, jangan sambut kepulangannya dengan masalah anak dan urusan dapur yang remeh-temeh. Mulailah dengan perbicaraan yang menyenangkan kerana suami perlukan kesegaran dan ketenangan setelah seharian masalah di tempat kerja.
- Suami suka isteri kreatif dalam soal memasak dan menghias rumah serta mengurus diri dan melayani dirinya.
- Jadikan kamar tidur anda tempat eksklusif dan peribadi. Kreatif dalam menghias bilik tidur ini. Berikan warna-warna yang digemari suami. Susun kembali bunga agar tidak jemu mata memandang. Untuk romantik, letakkan gambar perkahwinan anda di sini. Seboleh-bolehnya ruang tidur tidak dimasuki orang tanpa izinnya.
- Pantang bagi suami jika tidurnya diganggu. Jauhkan anak-anak darinya ketika dia sedang tidur. Tunggu dia terjaga dahulu baru membelender atau menubuk sambal. Kecilkan suara tv.
- Suami suka isteri yang pandai bermanja tapi jangan sampai mengada-ngada. Isteri sebagini membuatkan suami teringay-ingat dan menyenangkan.
- Jangan kuat merajuk dan tarik muka masam tatkala suami sedang berserabut dengan masalah. Merajuk tidak bertempat sepertilah dengan mengada-ngada. Jika suami yang sedang berserabut dengan masalah bolehkah dia memujuk?
- Jangan banyak pula bertanya, biarkan suami sendiri meminta pandangan anda. Sebab pandangan anda yang tidak tepat dan bertentangan dengan pendapatnya membuatkannya geram. Kalau setakat geram tak apa, kalau dia marah akan membuatkan dia tidak akan meminta pandangan anda pada masa akan datang.
- Selalulah rangsang prestasinya. Kalau dia lemah dan ada masalah jangan diperkecilkan kemampuannya. Dorong dengan kata-kata motivasi dan letakkan dalam hatinya anda percaya suatu hari nanti masalah itu dapat diatasi jua. Jangan berputus asa.
Mungkin anda telah melakukan semua perkara tersebut namun tiada yang memberangsangkan. Sabar, lambat laun hatinya akan terbuka juga. Hanya ketakwaan membantu suami membentuk muslim yang teguh dan ideal.
No comments:
Post a Comment