Wednesday, 11 January 2012

Petua menambat hati suami

Rumahtangga yang bahagia adalah idaman setiap pasangan.  Wanita perlu sentiasa upgrade diri untuk lebih sentiasa menawan hati suami.  



Oleh itu, perhatikan petua di bawah agar hubungan suami isteri kembali romantis...

  • Sentiasa berdoa agar suami sentiasa menyayangi kita. 
  • Apabila suami balik dari kerja, tegur dan sentuh suami sebelum membuat kerja-kerja lain.
  • Tunjukkan keprihatinan dengan bertanya secara khusus mengenai kegiatan suami sepanjang hari.
  • Luangkan masa yang betul-betul "berkualiti" sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari kepada suami.
  • Beri pujian terhadap penampilan suami.(rambut, wajah, pakaian kacak, kesederhanaan dan seumpamanya).
  • Cepat-cepat pujuk bila suami marah atau berkecil hati.
  • Jika suami marah, jangan sekali-kali menjawab, hanya tunduk dan diam (walau pun kita tak bersalah ). Terangkan keadaan yang sebenar selepas dia sejuk.
  • Jika suami perlu menjauhkan diri sekali-sekala, tanya bila dia akan pulang. Fahamilah, dia perlu bersendirian untuk berfikir.
  • Minta bantuan suami hanya jika sesuai. Sesuai pada masa, tempat dan jenis profesyennya.
  • Bila meminta bantuan suami, terangkan pada suami dengan jelas mengenai kerja kerja rumah yang perlu bantuan. Beri pilihan kerja yang disukainya. Jangan menyuruh-nyuruh dan gunakan perkataan yang sesuai dan lemah lembut.
  • Elakkan suami dari menunggu terlalu lama terutama bila bersiap.
  • Apabila suami memberitahu yang dia akan pulang lewat, ucapkan terima kasih kerana memberitahu(Lebih baik beritahu dari tidak beritahu langsung )
  • Apabila suami meminta bantuan, buatlah dengan serta merta dengan ikhlas dan gembira dengan tidak mengungkit atau banyak komen. ( sesungguhnya Allah sangat gembira perbuatan yang demikian).
  • Beri perhatian sepenuhnya apabila suami bercakap. Hentikan apa jua pekerjaan yang sedang dilakukan. ( jika boleh )
  • Tanya suami bila dia ingin berehat atau tidur.
  • Bila ingin memesan barang untuk dibeli oleh suami, senaraikannya di atas kertas.Jangan buat suami terpaksa pergi ke kedai 2 atau 3 kali.
  • Telefon suami di tempat kerja hanya apabila ada perkara penting atau kecemasan sahaja. Telefonlah dengan lebih kerap apabila suami menggalakkannya.
  • Jangan ganggu suami ketika dia sedang asyik melakukan sesuatu yang memerlukan penelitian.
  • Pesan kepada suami untuk menelefon rumah apabila out-station. Jangan marahi dia jika dia tidak berbuat demikian cuma terangkan akan kerisauan kita apabila tidak mendapat berita.
  • Tanya ibu mertua, abang atau kakak ipar mengenai hadiah yang disukai oleh suami dan belikan hadiah tersebut sebagai cenderahati atau untuk memujuk.
  • Sentiasalah kemas, anggun dan wangi sebelum tidur bersama.
  • Sokong pendapat suami kalau pendapatnya berbeza dengan org lain.
  • Ucapkan kata-kata sayang yang romantik pada suami sekurang-kurangnya 2 kali sehari.
  • Jika kita marah, tunggu hingga sejuk. Bila sudah sejuk beritahu suami apa yang mengganggu fikiran secara sopan. Jangan sesekali salahkan suami.
  • Peluk suami dengan penuh kasih sayang sebanyak 7 kali sehari.
  • Peluk dan belai suami sekali-sekala tanpa implikasi seksual.
  • Bila keluar berkereta, jangan ganggu suami yang sedang memandu ( walau pun ada jalan yg lebih dekat atau kita sendiri boleh memandu dgn baik.).
  • Jangan menunjuk-nunjuk yang kita tahu jalan selagi tidak dipinta berbuat demikian. Jangan berleter bila suami tersalah jalan semasa memandu. Bersangka baik apabila tersesat jalan.
  • Sabar dan tenang bila mendengar cerita atau masalah suami.
  • Jangan tukar-tukar saluran televisyen bila menonton bersama suami.
  • Jaga maruah suami terutama di khalayak ramai dan ikut kehendak suami di ketika itu.Segala bantahan boleh dilakukan semasa berdua-duaan.
  • Bila berpegangan tangan, peganglah sebagaimana yg disukai suami.
    Buatlah air minuman untuk suami tanpa diminta dan tanpa bertanya "Abang nak minum air apa?" atau " Abang nak minum ke?"
  • Bila makan di luar, berilah peluang pada suami untuk memilih tempat atau meja mana yang disukai. Tanyakan pada suami bagaimana kita perlu berkelakuan dikhalayak ramai ketika disisinya.
  • Sentiasa bersegera apabila bersiap & jgn tiba-tiba ingin menukar baju yg dipakai.
  • Sentiasa lebihkan suami daripada anak-anak. (jika sesuai)
  • Belikan hadiah-hadiah praktikal dari semasa-ke semasa:- tali pinggang, kasut,cermin mata hitam dan seumpamanya.
  • Beri layanan istimewa pada suami di hari-hari istimewa. Pergi " dating" atau " berbulan madu" sekali sekala.
  • Jika suami melakukan kesalahan atau kesilapan, jangan sesekali menempelak atau "pulangkan paku buah keras ".
  • Hantar kad ucap selamat pada hari-hari istimewa.
  • Urut mengurut suami dari semasa ke semasa.
  • Layanlah suami sepertimana kita melayannya semasa baru-baru kenal dahulu.

No comments:

Post a Comment